Tentang Tempe Goreng

2005/12/6

Tempe

Tags:
@ 01:15 PM (36 months, 15 days ago)

Permulaan ini begitu "tempting". Sekonyong-konyong tempe yang kau lihat, baik di atas dapur, digoreng di atas kuali oleh bondamu, dijual di pasar oleh wak jawa, tempe itu, kalau digoreng dan dimakan panas-panas, sedapnya hanya kau saja yang tahu. Hidup aku, membesar dengan tempe. Termasuk juga tempe busuk lebihan jualan arwah abah di pasar. Sepotong tempe mampu membuatkan aku tersenyum puas menikmati juadaha tengahari emak bersama nasi dan kicap.

Tempe itu, tempe ini. Tempe di mana-mana. Tempe penuh khasiat protein dan vitaminnya.

Terima kasih tempe kerana menjadi sebahagian dari sumber giziku.

http://img218.imageshack.us/img218/1961/tempe7np.jpg